Monday, July 6, 2015
Saturday, July 4, 2015
PERANAN SUDUT-SUDUT YANG TERDAPAT DI DALAM PERPUSTAKAAN
PERANAN SUDUT-SUDUT YANG TERDAPAT DI DALAM PERPUSTAKAAN
1. SUDUT MENGENALI WARGA SEKOLAH
a.
Mewujudkan mengeratkan hubungan antara guru dengan guru dan
murid dan guru.
b.
Memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua warga
sekolah dengan jelas.
c.
Menanam sikap hormat dan sayang murid kepada warga sekolah.
d.
Memenuhi konsep " Sekolahku Rumahku ".
e.
Menarik minat murid ke perpustakaan.
"Read More"
KEMULIAAN RAMADAN
Sabda Rasulullah SAW : " Umrah pada bulan Ramadan seperti pahala Haji."
-Hadis Riwayat At-Tirmidzi-
KEMULIAAN RAMADAN
Rasulullah SAW ialah orang yang paling pemurah, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan. Setiap malam pada bulan Ramadan, Jibrail datang untuk membacakan al-Quran. Saat ditemui Jibrail, Rasulullah lebih pemurah daripada angin yang bertiup.
- Hadis Riwayat Al-Bukhari-
FADHILAT RAMADAN
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibrail dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.
-Al-Qadr : 1-5 -
FADHILAT RAMADAN
Barang siapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah SWT tidak ada keperluan dalam dia meninggalkan makan dan minumnya (puasa yang sia-sia)
-Hadis Riwayat Bukhari-
Friday, July 3, 2015
LATAR BELAKANG NILAM
Apa itu NILAM
LATAR BELAKANG
Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikkan sesebuah masyarakat untuk menjadi masyarakat bertamadun. Peradaban ini akan terus relevan dan berkembang jika diasah dan diperturunkan kepada generasi muda masyarakat kita. Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat dibina jika mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas yang penting bagi budaya ilmu ialah amalan membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota masyarakat agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi dan teknologi. Kecemerlangan bangsa dan
Tuesday, June 30, 2015
MAJLIS PELANTIKAN WATIKAH PENGAWAS-PENGAWAS SEKOLAH 2015
LAPORAN KEMPEN
SALAH LAKU SIFAR DAN MAJLIS PELANTIKAN WATIKAH PENGAWAS-PENGAWAS SEKOLAH 2015
Tarikh : 9
Mac 2015
Hari : Isnin
Tempat :
Dataran Ilmu SMK Tun Haji Abdul Malek
Kehadiran Guru : Semua guru sesi pagi dan guru sesi petang yang
terlibat
Pengetua :
Tn. Hj. Jamil Bin Jaamat
GPK 1 : Tn. Hj. Abd. Rahim Bin Abd. Razak
GPK KoKu :
Pn. Hjh. Kamisah Binti Hj. Ali
Kehadiran Pelajar : Semua pelajar sesi pagi dan sesi petang
(
yang terlibat dalam penerimaan watikah)
Perasmi : Inspektor
Puan Nor Asiah Binti Mahmud (TIMB PRO
Sekolah)
7.15 pagi
Guru mengambil tempat serta
pelajar berkumpul di tapak perhimpunan.
7.30 pagi
Ketibaan
tetamu jemputan serta perasmi majlis , Inspektor
Puan Nor Asiah Binti Mahmud (TIMB PRO
Sekolah) diiringi barisan pentadbir SMK
Tun Haji Abdul Malek.
7.40 pagi
Majlis
dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Melaka Maju Jaya dan Lagu Sekolah
serta Nyanyian Lagu Melaka Maju Negeriku Sayang.
8.00 pagi
Majlis diteruskan dengan
bacaan doa yang dibimbing oleh En. Isbahuddin Awang Halim.
8.05 pagi
Ucapan Pengetua SMK Tun Haji
Abdul Malek ( Tuan Haji Jamil Bin Jaamat )
Tuan Haji
Jamil Bin Jaamat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengerusi majlis.
Seterusnya beliau menyatakan tanggungjawab dan amanah yang diberi sebagai
pengawas harus digalas dengan baik tanpa rasa ragu-ragu. Setiap pengawas baharu
yang terpilih dinasihatkan supaya menggalas tanggungjawab yang diamanahkan
dengan sebaik mungkin dan diharapkan dapat memupuk sifat kepimpinan yang
tinggi dan bakal menjadi pemimpin yang
berwibawa kelak. Akhir sekali beliau amat berharap agar generasi muda sekarang
pandai memilih rakan dan tahu batas-batas agama dalam pergaulan . Kesimpulan
yang dapat beliau berikan, sekolah merupakan platform yang terbaik dan menjadi
tempat pelajar menyemai ciri-ciri sebagai pemimpin.
8.15 pagi
Ucapan
Perasmian , Inspektor Puan Nor Asiah Binti Mahmud-Timbalan PRO Sekolah
Inspektor
Puan Nor Asiah Binti Mahmud mengucapkan jutaan terima kasih kerana kesudian
mengundang beliau untuk merasmikan Majlis Pelantikan Pengawas , Pengawas Pusat
Sumber , pengawas SPBT dan pengawas
Kooperasi bagi lantikan Tahun 2015. Beliau turut menjelaskan bahawa sekolah
merupakan tempat bagi pelajar melatih diri untuk menjadi pemimpin serta menjadi
batu loncatan kepada semua pelajar untuk mendapatkan ilmu. Oleh itu, setiap
pelajar harus mengambil peluang untuk menunjukkan kemampuan, tanggungjawab yang
padu serta jitu terhadap sekolah agar dapat menjadi seorang yang berilmu dan
komited terhadap tugasan yang diberi. Beliau juga menyeru semua pelajar agar
tidak sesekali melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Beliau
seterusnya menyarankan agar pelajar meluangkan masa dengan program yang dianjurkan
oleh pihak sekolah dan memanfaatkan segala maklumat yang didapati untuk
kecemerlangan diri. Dengan itu, beliau merasmikan Majlis Pelantikan Pengawas,
Pengawas Pusat Sumber dan pengawas SPBT Tahun 2015.
8.20 pagi
Acara
penyampaian sijil pelantikan kepada Pengawas Sekolah , Pengawas Pusat Sumber,
pengawas SPBT dan Pengawas Kooperasi oleh Inspektor Puan Nor Asiah Binti Mahmud
dengan diiringi Pengetua SMK Tun Haji Abdul Malek , Tuan Haji Jamil Bin Jaamat.
9.00 pagi
Penyampaian
cenderamata kepada perasmi majlis , Inspektor Puan Nor Asiah Binti Mahmud
kerana sudi hadir merasmikan majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
9.15 pagi
Tetamu dan pihak pentadbir
disajikan dengan jamuan ringan di kantin sekolah.
Laporan disediakan
oleh,
AJK Dokumentasi
LAPORAN BERGAMBAR SEPANJANG PROGRAM
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS DAN PENGAWAS SPBT
PROGRAM JOM MEMBACA SELAMA 10 MINIT
1 PENGENALAN
Program ini telah dimaklumkan dalam
perhimpunan rasmi sekolah oleh Guru Perpustakaan iaitu Puan Noraziah Binti Bidin pada akhir
bulan April yang lalu. Setelah sedikit taklimat diberikan semasa perhimpunan,
program ini dijalankan dengan bantuan guru-guru yang berada dalam kelas , guru
bertugas harian di kawasan kantin, pengawas PSS dan pengawas sekolah.
Edaran
bahan bacaan diedarkan kepada semua ketua tingkatan untuk diagihkan kepada
murid kelas masing-masing. Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti membaca adalah
selama 10 minit bermula daripada 10.45 pagi hingga 10.55 pagi. Aktiviti membaca
ini adalah dijalankan secara serentak.
2 OBJEKTIF
Antara objektif program adalah untuk
1. Memupuk budaya membaca dalam kalangan murid
2. Menggalakkan murid membaca pelbagai jenis
bahan bacaan.
3. Mendidik murid agar menghargai masa dengan
membaca
3 KEKUATAN
1. Penyertaan amat memberansangkan daripada
kalangan murid yang terlibat.
2.
Menambahkan minat membaca dalam kalangan murid kerana program
membaca
dijalankan secara serentak
3. VISI dan MISI KPM turut diberi penekanan
dalam program ini sebagai penerapan
awal supaya meransang minat murid untuk
menimba ilmu pengetahuan mengenai
pelbagai perkara melalui pembacaan
4 PENAMBAHBAIKAN
1. Pada masa akan datang
diharapkan guru bertugas dapat menghebahkan program ini
sehari lebih awal supaya murid memberi
kerjasama dengan membawa bahan bacaan
sendiri setelah dimaklumkan.
2. Murid juga disarankan untuk
merekodkan bahan bacaan dalam buku NILAM masing-
masing sebagai bukti pembacaan semasa
program Jom Membaca akan datang.
5 PENILAIAN AKTIVITI
Aktiviti ini berjaya mencapai objektif yang
diharapkan
PENUTUP
Secara keseluruhannya, program Jom
Membaca selama 10 minit berjalan dengan lancar dan mendapat maklumbalas yang
baik daripada pihak guru dan murid.
Selain itu, perjalanan program
berjalan dengan lancar atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua
pihak. Diharap minat membaca dapat disemai dan dipupuk dalam kalangan murid.
Selain daripada itu, diharapkan murid menghargai masa lapang dengan
menggunakannya dengan berfaedah dengan membaca
Tahniah ...Pencapaian PSS 2015
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada warga SMK Tun Haji Abdul Malek atas kerjasama yang padu PSS STHAM telah dinobatkan sebagai pemenang Pusat Sumber Sekolah Tempat ke-2 dalam Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Negeri Melaka Tahun 2015.
Subscribe to:
Posts (Atom)