Tuesday, June 30, 2015

MAJLIS PELANTIKAN WATIKAH PENGAWAS-PENGAWAS SEKOLAH 2015

LAPORAN KEMPEN SALAH LAKU SIFAR DAN MAJLIS PELANTIKAN WATIKAH PENGAWAS-PENGAWAS SEKOLAH 2015

Tarikh                 :   9 Mac 2015
Hari                    :   Isnin
Masa                   :  7.30pagi hingga 9.45 pagi
Tempat               :  Dataran Ilmu SMK Tun Haji Abdul Malek
Kehadiran Guru :  Semua guru sesi pagi dan guru sesi petang yang terlibat

Pengetua            : Tn. Hj. Jamil Bin Jaamat
GPK 1                : Tn. Hj. Abd. Rahim Bin Abd. Razak
GPK KoKu         : Pn. Hjh. Kamisah Binti Hj. Ali


Kehadiran Pelajar :   Semua pelajar sesi pagi dan sesi petang
          ( yang terlibat dalam penerimaan  watikah)

Perasmi    :  Inspektor Puan Nor Asiah Binti Mahmud  (TIMB PRO Sekolah)



7.15 pagi
Guru mengambil tempat serta pelajar berkumpul di tapak perhimpunan.


7.30 pagi
Ketibaan tetamu jemputan serta perasmi  majlis , Inspektor Puan Nor Asiah Binti Mahmud  (TIMB PRO Sekolah)  diiringi barisan pentadbir SMK Tun Haji Abdul Malek.


7.40 pagi
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Melaka Maju Jaya dan Lagu Sekolah serta Nyanyian Lagu Melaka Maju Negeriku Sayang.

8.00 pagi
Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dibimbing oleh En. Isbahuddin Awang Halim.

8.05 pagi
Ucapan Pengetua SMK Tun Haji Abdul Malek ( Tuan Haji Jamil Bin Jaamat )

Tuan Haji Jamil Bin Jaamat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengerusi majlis. Seterusnya beliau menyatakan tanggungjawab dan amanah yang diberi sebagai pengawas harus digalas dengan baik tanpa rasa ragu-ragu. Setiap pengawas baharu yang terpilih dinasihatkan supaya menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin dan diharapkan dapat memupuk sifat kepimpinan yang tinggi  dan bakal menjadi pemimpin yang berwibawa kelak. Akhir sekali beliau amat berharap agar generasi muda sekarang pandai memilih rakan dan tahu batas-batas agama dalam pergaulan . Kesimpulan yang dapat beliau berikan, sekolah merupakan platform yang terbaik dan menjadi tempat pelajar menyemai ciri-ciri sebagai pemimpin.


8.15 pagi
Ucapan Perasmian , Inspektor Puan Nor Asiah Binti Mahmud-Timbalan PRO Sekolah
Inspektor Puan Nor Asiah Binti Mahmud mengucapkan jutaan terima kasih kerana kesudian mengundang beliau untuk merasmikan Majlis Pelantikan Pengawas , Pengawas Pusat Sumber , pengawas SPBT  dan pengawas Kooperasi bagi lantikan Tahun 2015. Beliau turut menjelaskan bahawa sekolah merupakan tempat bagi pelajar melatih diri untuk menjadi pemimpin serta menjadi batu loncatan kepada semua pelajar untuk mendapatkan ilmu. Oleh itu, setiap pelajar harus mengambil peluang untuk menunjukkan kemampuan, tanggungjawab yang padu serta jitu terhadap sekolah agar dapat menjadi seorang yang berilmu dan komited terhadap tugasan yang diberi. Beliau juga menyeru semua pelajar agar tidak sesekali melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Beliau seterusnya menyarankan agar pelajar meluangkan masa dengan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan memanfaatkan segala maklumat yang didapati untuk kecemerlangan diri. Dengan itu, beliau merasmikan Majlis Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan pengawas SPBT Tahun 2015.

8.20 pagi
Acara penyampaian sijil pelantikan kepada Pengawas Sekolah , Pengawas Pusat Sumber, pengawas SPBT dan Pengawas Kooperasi oleh Inspektor Puan Nor Asiah Binti Mahmud dengan diiringi Pengetua SMK Tun Haji Abdul Malek , Tuan Haji Jamil Bin Jaamat.

9.00 pagi
Penyampaian cenderamata kepada perasmi majlis , Inspektor Puan Nor Asiah Binti Mahmud kerana sudi hadir merasmikan majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah.




9.15 pagi

Tetamu dan pihak pentadbir disajikan dengan jamuan ringan di kantin sekolah.



Laporan disediakan oleh,           

AJK Dokumentasi                              





LAPORAN BERGAMBAR SEPANJANG PROGRAM


KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN-PERASMI MAJLIS KEMPEN SALAH LAKU SIFAR DAN MAJLIS PELANTIKAN WATIKAH PENGAWAS-PENGAWAS SEKOLAH 2015 -   Inspektor Puan Nor Asiah Binti Mahmud







UCAPAN PENGETUA SMK TUN HAJI ABDUL MALEK , TUAN HAJI JAMIL BIN JAAMAT



 












UCAPAN PERASMIAN  KEMPEN SALAH LAKU SIFAR DAN MAJLIS PELANTIKAN WATIKAH PENGAWAS-PENGAWAS SEKOLAH 2015 , Inspektor Puan Nor Asiah Binti Mahmud-Timbalan PRO Sekolah 




























































































 










                                                                                   

 





MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS  SEKOLAH, PENGAWAS PSS DAN PENGAWAS SPBT








No comments:

Post a Comment