Friday, July 3, 2015

LATAR BELAKANG NILAM

Apa itu NILAM


logo-nilam

LATAR BELAKANG

Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikkan sesebuah masyarakat untuk menjadi masyarakat bertamadun. Peradaban ini akan terus relevan dan berkembang jika diasah dan diperturunkan kepada generasi muda masyarakat kita. Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat dibina jika mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas yang penting bagi budaya ilmu ialah amalan membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota masyarakat agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi dan teknologi. Kecemerlangan bangsa dan
negara akan dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas pembentukan modal insan yang cemerlang bagi membentuk negara maju.

Program NILAM
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM akronim kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.


Matlamat
Matlamat Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Tun Haji Abdul Malek adalah seiring dengan matlamat di peringkat Kebangsaan iaitu;
  • Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
  • Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akademik murid-murid dan sekolah.
Objektif
Objektif Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Tun Haji Abdul Malek adalah sebagaimana objektif di peringkat kebangsaan. Iaitu sepanjang program NILAM murid-murid akan dapat:
a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca.
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Tiga Elemen Program NILAM
a. Rekod Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.
b. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
c. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan aktiviti berkaitan yang disertai.
Pelaksanaan
Program NILAM mempunyai dua tahap pelaksanaan iaitu;

Pengiktirafan Tahap Jauhari :







Pengiktirafan Tahap Rakan Pembaca :
Segala aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam buku khas, disemak serta dinilai oleh guru pembimbing. Program NILAM Tahap Rakan Pembaca peringkat Pusat Sumber Sekolah SMK Tun Haji Abdul Malek adalah sama dengan pengiktirafan di peringkat kebangsaan.
Markah Pengiktirafan





No comments:

Post a Comment