Tuesday, April 5, 2016

Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia Tahun 2016

Tarikh                   :  5  April 2016
Hari                       :  Selasa
Masa                     :  8.00 pagi hingga 8.15 pagi
Tempat                   :  Padang  A,  SMK Tun Haji Abdul Malek
Kehadiran guru       :  Semua guru sesi pagi
Kehadiran Pelajar   :  Semua pelajar sesi pagi

7.15 pagi
-  Pelajar dan guru berkumpul dan mengambil tempat.

7.30- 7.45 pagi
- Aktiviti Senamrobik mingguan  berlansung

7.45 pagi
- Taklimat daripda penyelaras Program Kem Membaca 1 Malaysia 2016 iaitu  Pn. Norhayati Binti Hassan 
  ( GKMP Bahasa)

7.55 pagi
- Edaran bahan bacaan kepada semua murid dan guru yang hadir

8.00 pagi
- Program bermula dan murid-murid serta guru yang hadir membaca bahan bacaan yang diberi dalam masa 
   yang diberikan.

8.15 pagi
- Semua murid dan guru bergerak meninggalkan padang  A untuk meneruskan P & P bagi masa ke 2.



Laporan disediakan oleh,                                                                                          5 APRIL  2016

………………………………………..

(Masrina Binti Muhamed)




Gambar-gambar sepanjang aktiviti berlansung.

Tuesday, February 23, 2016

GAMBAR MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM, BULAN PUSAT SUMBER DAN BULAN BAHASA 2016


BROSUR MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM, BULAN PUSAT SUMBER DAN BULAN BAHASA 2016                      



Murid-murid mendengar ucapan perasmian yang disampaikan oleh Tuan Pengetua SMK Tun Haji Abdul Malek , En. Razali Bin Ali



Penyerahan watikah kepada Tuan Pengetua SMK Tun Haji Abdul Malek , En. Razali Bin Ali selaku perasmi majlis yang dibawa oleh dua orang pesilat Melayu diiringi oleh irama gamelan



Persembahan Coral Speaking bertajuk "Recycle"


LAPORAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM, BULAN PUSAT SUMBER DAN BULAN BAHASA 2016

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM, BULAN PUSAT SUMBER DAN BULAN BAHASA 2016                            

1.0     TAJUK PROGRAM
1.1     Majlis Pelancaran Program Nilam, Bulan Pusat Sumber dan Bulan Bahasa 2016 

2.0     TEMPOH PELAKSANAAN
          Tarikh             : 22 Februari 2016

3.0     TEMPAT
3.1     Dataran Ilmu SMK Tun Haji Abdul Malek, Melaka

4.0     OBJEKTIF
4.1     Meningkatkan minat membaca yang berterusan dalam kalangan pelajar dan guru.
4.2     Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk   
          pembacaan di kawasan sekolah.
4.3     Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti dan menguasai 
          kemahiran berbahasa dengan baik
4.4     Mengenalpasti tokoh murid yang banyak membca, berketrampilan serta mempunyai 
          sifat-sifat kepimpinan.
4.5    Menjadikan amalan membaca sebahagian daripada gaya hidup
4.6    Menggalakkan warga SMKTHAM menggunakan PSS dengan berkesan.

5.0     AJK PELAKSANA
          Sila rujuk buku program

6.0     AKTIVITI PELAKSANAAN
          Sila rujuk buku program

7.0     KUMPULAN SASARAN
          Semua guru dan pelajar SMK Tun Haji Abdul Malek

8.0    IMPAK
8.1    Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Majlis Pelancaran
         Program Nilam, Bulan Pusat Sumber dan Bulan Bahasa 2016 
8.2    Murid dapat mengetahui aktiviti yang akan dilaksanakan sempena Bulan Pusat Sumber
         dan Bulan Bahasa dan program NILAM yang bakal berlansung sepanjang tahun  
         sehingga Oktober 2016.(Keputusan Pertandingan Pembaca NILAM terbanyak 2016
         akan diumumkan).
8.3   Memberi kesedaran kepada murid kepentingan membaca dan menimba ilmu.

9.0   LAPORAN
           

             Majlis Pelancaran Program Nilam, Bulan Pusat Sumber dan Bulan Bahasa 2016  telah diadakan dengan jayanya pada 22 Februari 2016 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan doa dan telah berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang. Majlis yang dirancang ini adalah usaha secara kolaboratif antara PSS dengan Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil bagi merealisasikan hasrat KPM dalam melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan. Selain itu, program ini bertujuan untuk membudayakan sikap rajin membaca dalam kalangan murid disamping meningkatkan kemahiran berbahasa serta menggunakan PSS sebagai wahana ilmu yang berkesan. Oleh itu, Program NILAM ini bakal dijalankan sepanjang tahun dan Bulan Bahasa bakal berakhir pada 22 Mac 2016.

  
         Gimik Perasmian majlis ini diadakan dengan penyerahan watikah kepada Tuan Pengetua SMK Tun Haji Abdul Malek , En. Razali Bin Ali selaku perasmi majlis yang dibawa oleh dua orang pesilat Melayu diiringi oleh irama gamelan. Ucapan Perasmian Majlis Pelancaran Program Nilam, Bulan Pusat Sumber dan Bulan Bahasa 2016 telah disampaikan oleh Pengetua sekaligus merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapan perasmian beliau menegaskan bahawa membaca menjadi tunggak utama dalam pelaksanaan P & P. Sehubungan itu murid perlu membina amalan membaca dan menjadikan sikap suka membaca bagi menjana idea yang kreatif dan inovatif . Dalam erti kata lain, membaca dapat meningkatkan maklumat dan bakal meningkatkan taraf hidup murid serta bakal menjadi aset negara yang tidak ternilai. Kempen berbahasa secara betul, tumpuan kepada aspek penggunaan bahasa perlu diadakan dengan aktiviti yang bersesuaian. Usaha ini  bertujuan untuk mencungkil bakat bagi memperkasakan bahasa Melayu dan PSS bertindak sebagai penyumbang utama. Beliau juga menyarankan agar pelajar dan guru berkunjung ke perpustakaan untuk  mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

       Tuan Pengetua juga telah mengumumkan hadiah menarik yang bakal dimenangi dalam Program NILAM 2016 seperti sebuah IPAD untuk hadiah tempat pertama, sebuah basikal “Mountain Bike” bagi tempat kedua , sebuah telefon bimbit bagi tempat ketiga serta beberapa hadiah saguhati. Nama-nama pemenang bakal diumumkan pada bulan Oktober 2016. Kemuncak acara perasmian berlansung dengan paluan gong serta menandatangani Buku Pelancaran Program NILAM, Bulan Pusat Sumber dan Bulan Bahasa oleh Tuan Pengetua serta barisan Pentadbir. Seterusnya majlis diteruskan dengan pertunjukkan aktiviti NILAM seperti ulat buku, Jom Singgah Santai dan “Working Dictionary” , persembahan pelajar Tingkatan 6 Atas dan penyampaian fail NILAM kepada ketua-ketua Panitia.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada Tuan Pengetua dan nyanyian lagu “NILAM ” sebelum majlis bersurai pada jam 9.00 pagi.

10.0  PENUTUP
Majlis ini adalah titik permulaan kepada pemupukan budaya membaca dalam kalangan pelajar. Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar kepentingan membaca serta melahirkan pelajar yang berketrampilan serta berdaya saing dalam menimba ilmu.

11.0     LAMPIRAN
11.1     Gambar Majlis Pelancaran Program Nilam, Bulan Pusat Sumber dan Bulan
            Bahasa 2016.


 Disediakan oleh :                                       

..........................................................
(MASRINA BINTI MUHAMED)



Monday, February 1, 2016

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS PSS 2016

     Pada 29 Januari hingga 31 Januari 2016 bertempat di Pusat Kokurikulum Melaka, Kg.Lancang, Merlimau,Melaka telah berlangsung  Kem Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber (PSS). Kem ini telah menggabungkan 117 orang pengawas Pusat Sumber dari SMK Tun Haji Abdul Malek dan SMK Malim selama 3 hari 2 malam. Menurut Pengetua SMK Tun Haji Abdul Malek, Encik Razali bin Ali, program ini merupakan program yang julung kalinya yang diadakan secara kolaborasi bersama SMK Malim bagi menjana idea-idea baharu dalam memperkasakan pusat sumber sekolah antara kedua-dua buah sekolah ini.

     Program ini dilihat sebagai satu program yang baik dalam usaha mendedahkan semua pengawas pss tentang bidang tugas mereka sebagai seorang pengawas pusat sumber sekolah yang berkesan di samping melahirkan seorang pemimpin yang berdedikasi dan amanah dalam menjalankan tugas.

     Pada majlis perasmian program ini, YB Datuk Roslan Bin Ahmad (ADUN Merlimau) dalam ucapannya sangat menghargai kehadiran para pelajar ke daerah Merlimau dan menggalakkan lebih banyak sekolah mengadakan kolaborasi seperti ini dalam pelbagai bidang lain pada masa hadapan. Dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin di sekolah, beliau berharap para pelajar dapat menimba pengetahuan dan menggilap kepimpinan di dalam Kem ini sekaligus dapat menjalankan tugas harian sebagai seorang pengawas Pusat Sumber yang berkaliber di sekolah nanti. Di akhir majlis perasmian, YB Datuk telah berbesar hati menyampaikan sedikit sumbangan kepada para peserta kali ini.

     Menurut Pengarah program ini, Puan Aziah binti Bidin, Kem sebegini dapat menyelitkan aktiviti-aktiviti fizikal dan ilmu sains sosial seperti Pandu Arah, Rentas Halangan dan Meredah Hutan dalam usaha membimbing para peserta perkhemahan tentang komunikasi yang berkesan.  Komunikasi berkenaan sangat diperlukan dalam organisasi pengawas PSS di samping dalam berkomunikasi bersama para pelanggan PSS kelak.

            Diharapkan usaha sebegini akan diteruskan dengan kolaboratif lebih banyak sekolah sekitar Melaka.