Tuesday, June 30, 2015

PROGRAM JOM MEMBACA SELAMA 10 MINIT

1          PENGENALAN
           Program ini telah dimaklumkan dalam perhimpunan rasmi sekolah oleh Guru Perpustakaan  iaitu Puan Noraziah Binti Bidin pada akhir bulan April yang lalu. Setelah sedikit taklimat diberikan semasa perhimpunan, program ini dijalankan dengan bantuan guru-guru yang berada dalam kelas , guru bertugas harian di kawasan kantin, pengawas PSS dan pengawas sekolah.

         Edaran bahan bacaan diedarkan kepada semua ketua tingkatan untuk diagihkan kepada murid kelas masing-masing. Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti membaca adalah selama 10 minit bermula daripada 10.45 pagi hingga 10.55 pagi. Aktiviti membaca ini adalah dijalankan secara serentak.
   
2       OBJEKTIF                                                               
Antara objektif program adalah untuk
1.   Memupuk budaya membaca dalam kalangan murid
2.   Menggalakkan murid membaca pelbagai jenis bahan bacaan.
3.   Mendidik murid agar menghargai masa dengan membaca

3       KEKUATAN
 1. Penyertaan amat memberansangkan daripada kalangan murid yang terlibat.
 2.  Menambahkan minat membaca dalam kalangan murid kerana program membaca          
      dijalankan secara serentak
 3. VISI dan MISI KPM turut diberi penekanan dalam program ini sebagai penerapan
     awal supaya meransang minat murid untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai  
     pelbagai perkara melalui pembacaan

4       PENAMBAHBAIKAN
1. Pada masa akan datang diharapkan guru bertugas dapat menghebahkan program ini
    sehari lebih awal supaya murid memberi kerjasama dengan membawa bahan bacaan
    sendiri  setelah dimaklumkan.

2. Murid juga disarankan untuk merekodkan bahan bacaan dalam buku NILAM masing-
    masing sebagai bukti pembacaan semasa program Jom Membaca akan datang.

5        PENILAIAN AKTIVITI
 Aktiviti ini berjaya mencapai objektif yang diharapkan

PENUTUP

        Secara keseluruhannya, program Jom Membaca selama 10 minit berjalan dengan lancar dan mendapat maklumbalas yang baik daripada pihak guru dan murid.  Selain itu, perjalanan program  berjalan dengan lancar atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak. Diharap minat membaca dapat disemai dan dipupuk dalam kalangan murid. Selain daripada itu, diharapkan murid menghargai masa lapang dengan menggunakannya dengan berfaedah dengan membaca 

No comments:

Post a Comment