Tuesday, February 23, 2016

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM, BULAN PUSAT SUMBER DAN BULAN BAHASA 2016

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM, BULAN PUSAT SUMBER DAN BULAN BAHASA 2016                            

1.0     TAJUK PROGRAM
1.1     Majlis Pelancaran Program Nilam, Bulan Pusat Sumber dan Bulan Bahasa 2016 

2.0     TEMPOH PELAKSANAAN
          Tarikh             : 22 Februari 2016

3.0     TEMPAT
3.1     Dataran Ilmu SMK Tun Haji Abdul Malek, Melaka

4.0     OBJEKTIF
4.1     Meningkatkan minat membaca yang berterusan dalam kalangan pelajar dan guru.
4.2     Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk   
          pembacaan di kawasan sekolah.
4.3     Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti dan menguasai 
          kemahiran berbahasa dengan baik
4.4     Mengenalpasti tokoh murid yang banyak membca, berketrampilan serta mempunyai 
          sifat-sifat kepimpinan.
4.5    Menjadikan amalan membaca sebahagian daripada gaya hidup
4.6    Menggalakkan warga SMKTHAM menggunakan PSS dengan berkesan.

5.0     AJK PELAKSANA
          Sila rujuk buku program

6.0     AKTIVITI PELAKSANAAN
          Sila rujuk buku program

7.0     KUMPULAN SASARAN
          Semua guru dan pelajar SMK Tun Haji Abdul Malek

8.0    IMPAK
8.1    Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Majlis Pelancaran
         Program Nilam, Bulan Pusat Sumber dan Bulan Bahasa 2016 
8.2    Murid dapat mengetahui aktiviti yang akan dilaksanakan sempena Bulan Pusat Sumber
         dan Bulan Bahasa dan program NILAM yang bakal berlansung sepanjang tahun  
         sehingga Oktober 2016.(Keputusan Pertandingan Pembaca NILAM terbanyak 2016
         akan diumumkan).
8.3   Memberi kesedaran kepada murid kepentingan membaca dan menimba ilmu.

9.0   LAPORAN
           

             Majlis Pelancaran Program Nilam, Bulan Pusat Sumber dan Bulan Bahasa 2016  telah diadakan dengan jayanya pada 22 Februari 2016 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan doa dan telah berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang. Majlis yang dirancang ini adalah usaha secara kolaboratif antara PSS dengan Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil bagi merealisasikan hasrat KPM dalam melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan. Selain itu, program ini bertujuan untuk membudayakan sikap rajin membaca dalam kalangan murid disamping meningkatkan kemahiran berbahasa serta menggunakan PSS sebagai wahana ilmu yang berkesan. Oleh itu, Program NILAM ini bakal dijalankan sepanjang tahun dan Bulan Bahasa bakal berakhir pada 22 Mac 2016.

  
         Gimik Perasmian majlis ini diadakan dengan penyerahan watikah kepada Tuan Pengetua SMK Tun Haji Abdul Malek , En. Razali Bin Ali selaku perasmi majlis yang dibawa oleh dua orang pesilat Melayu diiringi oleh irama gamelan. Ucapan Perasmian Majlis Pelancaran Program Nilam, Bulan Pusat Sumber dan Bulan Bahasa 2016 telah disampaikan oleh Pengetua sekaligus merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapan perasmian beliau menegaskan bahawa membaca menjadi tunggak utama dalam pelaksanaan P & P. Sehubungan itu murid perlu membina amalan membaca dan menjadikan sikap suka membaca bagi menjana idea yang kreatif dan inovatif . Dalam erti kata lain, membaca dapat meningkatkan maklumat dan bakal meningkatkan taraf hidup murid serta bakal menjadi aset negara yang tidak ternilai. Kempen berbahasa secara betul, tumpuan kepada aspek penggunaan bahasa perlu diadakan dengan aktiviti yang bersesuaian. Usaha ini  bertujuan untuk mencungkil bakat bagi memperkasakan bahasa Melayu dan PSS bertindak sebagai penyumbang utama. Beliau juga menyarankan agar pelajar dan guru berkunjung ke perpustakaan untuk  mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

       Tuan Pengetua juga telah mengumumkan hadiah menarik yang bakal dimenangi dalam Program NILAM 2016 seperti sebuah IPAD untuk hadiah tempat pertama, sebuah basikal “Mountain Bike” bagi tempat kedua , sebuah telefon bimbit bagi tempat ketiga serta beberapa hadiah saguhati. Nama-nama pemenang bakal diumumkan pada bulan Oktober 2016. Kemuncak acara perasmian berlansung dengan paluan gong serta menandatangani Buku Pelancaran Program NILAM, Bulan Pusat Sumber dan Bulan Bahasa oleh Tuan Pengetua serta barisan Pentadbir. Seterusnya majlis diteruskan dengan pertunjukkan aktiviti NILAM seperti ulat buku, Jom Singgah Santai dan “Working Dictionary” , persembahan pelajar Tingkatan 6 Atas dan penyampaian fail NILAM kepada ketua-ketua Panitia.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada Tuan Pengetua dan nyanyian lagu “NILAM ” sebelum majlis bersurai pada jam 9.00 pagi.

10.0  PENUTUP
Majlis ini adalah titik permulaan kepada pemupukan budaya membaca dalam kalangan pelajar. Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar kepentingan membaca serta melahirkan pelajar yang berketrampilan serta berdaya saing dalam menimba ilmu.

11.0     LAMPIRAN
11.1     Gambar Majlis Pelancaran Program Nilam, Bulan Pusat Sumber dan Bulan
            Bahasa 2016.


 Disediakan oleh :                                       

..........................................................
(MASRINA BINTI MUHAMED)



No comments:

Post a Comment